*Tertakluk kepada perubahan semasa. Ikuti media sosial kami bagi mendapatkan maklumat terkini.
Sahabat Masjid
Program Sahabat Masjid
Selain ahli qariah dan para jemaah yang sering mengunjungi Masjid
Sri Sendayan, sebagai salah satu usaha untuk memberi peluang
kepada orang awam lain yang mahu mengikuti perkembangan terkini
masjid dan program anjurannya,
Masjid Sri Sendayan akan melancarkan program Sahabat Masjid.
Dengan adanya program ini, mereka yang tidak menetap berhampiran
dengan masjid atau tidak menjadi ahli qariah juga akan berpeluang
mengikuti perkembangan masjid dari semasa ke semasa dan mengetahui
perihal aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Sri Sendayan
dengan lebih pantas dan berkala.
Secara ringkasnya, butiran program Sahabat Masjid adalah seperti
berikut:
Penyertaan sebagai Sahabat Masjid terbuka kepada semua lapisan
masyarakat tidak kira yang menetap sekitar
Masjid Sri Sendayan atau di luar negara sekalipun. Namun
begitu, mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat
kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum
menjadi Sahabat Masjid.
Sahabat Masjid berpeluang mengikuti perkembangan terkini Masjid Sri Sendayan yang akan diberikan secara berkala melalui dalam talian seperti e-mel dan surat berita (newsletter).
Sahabat Masjid akan dihubungi sekiranya ingin membantu dalam penganjuran atau menyertai sebarang program masjid. Namun tiada paksaan dikenakan dan terbuka mengikut kelapangan masing-masing.
Sahabat Masjid akan dihubungi untuk menyertai program-program
khas (sekiranya ada) yang akan dianjurkan seperti majlis
silaturrahim dan pelbagai program khusus untuk
Sahabat Masjid sahaja.