Pendaftaran Perkahwinan

Pihak masjid boleh membantu dalam urusan pendaftaran nikah anda dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui khidmat jurunikah berdaftar.

Langsungkan upacara akad nikah dalam dewan solat utama Masjid Sri Sendayan dan abadikan hari bahagia anda dalam suasana penuh kedamaian dan keindahan.



Pertanyaan

Sewaan Dewan

Dewan Serbaguna Masjid Sri Sendayaan berkeluasan 421 meter per segi, berhawa dingin dan dilengkapi dengan pentas,
kerusi dan meja, bilik persiapan, tandas berasingan, dan ruang parkir yang luas.

Dewan ini merupakan pilihan terbaik sebagai lokasi majlis kenduri kahwin anda. Raikan para jemputan raja sehari di
Dewan Serbaguna Masjid Sri Sendayan.



Tempah Sekarang