Masjid Sri Sendayan mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan
pada 20 September 2019, tarikh bersejarah pintunya dibuka kepada
orang ramai.
Binaan Masjid Sri Sendayan diinspirasikan daripada warisan seni
bina Abbasiyah dan Mamluk, dengan pengaruh daripada seni bina
Umayyah dan Uthmaniyah. Setiap elemen dalam pembinaan masjid ini
melalui pemilihan dan proses yang teliti untuk meraikan
kepelbagaian warisan dan kesenian dalam tradisi Islam, kesemuanya
bergabung dengan harmoni untuk menghasilkan suasana indah dan
ketenangan.
Aspirasi untuk Masjid Sri Sendayan agar ia dapat menjadi pusat
komuniti yang berperanan luas dalam segenap aspek kehidupan.
Selain sebagai pusat ibadah, Masjid Sri Sendayan turut berfungsi
sebagai pusat ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.
Masjid Sri
Sendayan mengalu-alukan kunjungan sekalian warga muslimin dan
muslimat, dari jauh dan dekat.
Tentang Masjid Sri Sendayan

Carta Organisasi

Ahli Jawatankuasa

Pegawai Masjid
