Pengurusan Jenazah

Perkhidmatan ini diuruskan oleh Badan Khairat Kematian Kariah Masjid Sri Sendayan (BAKEMASS) bagi membantu ahli qariah dalam menguruskan jenazah. Hubungi pihak masjid segera sekiranya terdapat kematian ahli keluarga dan memerlukan bantuan kami.

Daftar sekarang untuk menikmati faedah sebagai ahli Badan Khairat Kematian Kariah Masjid Sri Sendayan (BAKEMASS).


Daftar Sekarang

Borang Permohonan Penggambaran

Masjid Sri Sendayan mengalu-alukan sebarang penggambaran yang selari dengan nilai-nilai masjid. Baca syarat dan hantar permohonan untuk sebarang penggambaran komersial yang ingin dilaksanakan dalam kawasan Masjid Sri Sendayan.

Permohonan ini hanya perlu diisi bagi penggambaran untuk tujuan komersial sahaja.


Mohon Sekarang

Borang Permohonan Lawatan

Pintu Masjid Sri Sendayan sentiasa terbuka untuk semua. Organisasi yang berhasrat untuk membuat lawatan ke Masjid Sri Sendayan boleh membaca peraturan dan menghantar permohonan kepada kami.


Mohon Sekarang

Maklum Balas

Borang Kaji Selidik

Pihak Masjid Sri Sendayan kini sedang melaksanakan kaji selidik untuk mengumpulkan maklumat dan maklum balas untuk tujuan penambahbaikan operasi, pentadbiran, fasiliti dan juga program yang dianjurkan oleh pihak masjid. Justeru, kami ingin mendapatkan kerjasama anda untuk melengkapkan kaji selidik ini agar usaha penambahbaikan ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi, insya Allah.


Isi Sekarang

Borang Aduan

Bagi membantu menambah baik perkhidmatan dan kemudahan Masjid Sri Sendayan, kami menghargai sebarang aduan khusus daripada anda.


Isi Sekarang

Notis Perlindungan Data Peribadi & Borang Kebenaran

Kami menghargai privasi dan data peribadi anda. Klik di sini untuk membaca Notis Perlindungan Data Peribadi Masjid Sri Sendayan.


Isi Sekarang